11 Kematian Akibat Denggi
Pagi tadi terdengar satu berita yang agak mengejutkan. Sebenarnya wabak penyakit ini sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi wabak denggi seakan menular kembali di kalangan masyarakat kita. Dalam laporan daripada Kementrian Kesihatan Malaysia, terdapat 11 kes kematian di sebabkan wabak denggi bermula Januari 2010.
Ini adalah satu statistik yang tidak elok kita dengar. Kita selalu mendengar orang lain kena denggi. Selalu dengar kematian tentang denggi. Tetapi sedar atau tidak kita semua berisiko menerima wabak denggi. Aku selitkan sedikit informasi mengenai denggi. Ianya sebagai ingatan kepada kita semua.
Sumber dari Wikipedia :
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus ) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Tanda-tanda penyakit denggi:
a) Demam yang mengejut. Ianya berlarutn dengan sakit yang teruk di kepala bebola mata, sendi, otot dan pinggang
b) Gatal-gatal pada anggota badan.
c) Keluar bintik-bintik merah terang pada anggota bahagian bawah dan seterusnya merebak keseluruh tubuh badan.
d) Seluruh kulit bertukar kepada warna kemerahan.
e) Sakit perut, mual, muntah dan cirit-birit.
Akibatnya pesakit boleh mendapat radang hati, radang otak dan juga radang otot jantung. Jika anda atau anak anda tiba-tiba mendapat demam yang mengejut, segeralah bertemu dengan doktor. Jangan di buat main-main hal demam ni.
Untuk langkah mencegah penyakit denggi adalah ;
a) Buang dan hapuskan segala takungan air yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar rumah anda.
b) Guna ubat jentik-jentik di dalam air yang bertakung. Pakai kelambu ketika tidur. Ataupun pasangkan ubat nyamuk ketika tidur.
c) Hubungi mana-mana agensi yang bertauliah untuk mendapatkan semburan asap denggi untuk menghapuskan nyamuk di kawasan anda. Tidak perlu tunggu Kementrian Kesihatan. Buat sendiri pun boleh.
Bersama-samalah kita memerangi denggi dari menghantui kehidupan seharian kita.
Incoming search terms:
- bahaya denggi
- cara mencegah demam denggi
- kematian demam denggi
- kesan demam denggi kepada negara
- tanda tanda demam denggi pada fizikal
- ubat denggi

