Archive for April, 2011

Sihat Mulut, Sihat Badan

PEPATAH Cina ada menyebut, mulut itu pintu masuk kepada kesihatan tubuh badan kerana semua penyakit datangnya dari mulut. Manakala semua masalah datangnya daripada pertuturan. Bagaimanapun, mulut didiami ribuan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit periodontal atau gusi, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Dr. How Kim Chuan.Penyakit periodontal ialah    .. baca [...]

Perlu Bantuan Tempat, Promosi

DALAM kesamaran simbahan lampu neon, lelaki berusia 60 tahun itu meraba-raba kaki pelanggannya. Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati. Bukan disebabkan cahaya itu tidak mencukupi, kerana bagi lelaki itu, siang atau malam tidak ada bezanya. Yang pasti sejak lebih beberapa dekad lalu, hanya warna hitam pekat menyelimuti diri. Namun, itu semua bukan halangan untuknya terus mencari rezeki. [...]

Asid Lemak Untuk Wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ? Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah [...]

Fahami Apa Itu Sedut Lemak

LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak dari lapisan bawah kulit. Untuk memahami apa itu liposuction, kita mesti memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak.Kulit bukan sahaja menjadi penutup badan malah ia adalah organ terbesar pada tubuh badan. Fungsi kulit di antaranya menghalang kita menjadi dehidrasi, menghalang organisme memasuki badan dan    [...]

Jom Sertai Bengkel Di Kuantan

BAGI penduduk di pantai timur, ini peluang yang ditunggu-tunggu. Dr. Rushmini Maris Ismail akan menemui anda semua di Kuantan, Pahang. Bertindak sebagai tuan rumah dan penganjur bersama, Dr. Shaharom Sulaiman dari Thalia Clinic tampil dalam bengkel ketiga selepas yang pertama di Kuala Lumpur Mac lalu. Bengkel kali menampilkan tema berbeza. Bukan lagi cantik sihat tetapi [...]

Terapi Ozon Bantu Penyembuhan

TERAPI ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Namun begitu masih ada berpandangan terapi ozon menyamai rawatan hemodialisis. Ini kerana kaedah serta mesin yang digunakan untuk terapi ozon kelihatan menyerupai mesin untuk rawatan pesakit buah pinggang. Hakikatnya – terapi ozon dan hemodialisis adalah rawatan yang berbeza. Dr. [...]

Kencing Kotor Bukan Tanda Sakit Buah Pinggang

Soalan 1alam Doktor,Saya telah berkahwin selama enam bulan. Masalah saya disini, saya selalu dijangkiti kencing kotor secara kerap. Saya telah membuat check up di klinik berdekatan dan beliau memberi saya 3 jenis ubat iaitu painkiller (Diclofenac Sodium 50mg), antibiotik (Ceturoxime 250mg) dan pelawas kencing (Ural Effervescent Granules). Kekerapan jangkitan ini selalu terjadi ketika saya datang [...]

Salur Darah Jejas Penampilan

JUNITA berasa kurang senang melihat belakang betisnya yang bertompok-tompok biru. Terdapat juga salur darah kecil di situ menyebabkan tompok-tompok itu berwarna gelap. Menurut Junita salur darah halus yang pada asalnya hanya sedikit. Namun ia menjadi lebih banyak setelah usianya menjangkau 35 tahun. Dia pernah mendengar pengalaman seorang rakannya yang mempunyai banyak salur darah halus di [...]

Kanser: NCSM Tingkatkan Kesedaran Rakyat

Sebut sahaja penyakit barah atau kanser, ia begitu digeruni kerana sekian lama telah dilabelkan sebagai tiada ubat malah hanya maut sahaja yang menanti penghidapnya.Tanggapan kurang tepat itu sebenarnya menjadi cabaran besar kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966 atas platform untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang fakta sebenar penyakit    .. [...]

Satu Individu Dua Personaliti

BAGI peminat filem sekitar tahun 90-an, tentu masih ingat dengan Primal Fear, sebuah filem pembunuhan kejam yang dilakonkan oleh Richard Gere dan Edward Norton.Filem adaptasi novel nukilan William Diehl yang dihasilkan pada tahun 1993 itu mengisahkan seorang peguam, Martin Vail (lakonan Gere) bertanggungjawab membela seorang budak altar, Aaron Stampler (Norton), yang menghadapi pertuduhan membunuh    [...]

Gula Tambahan Punca Anak Obes

GOLONGAN kanak-kanak memerlukan pemakanan untuk tujuan iaitu tenaga, pertumbuhan fizikal yang sempurna dan perkembangan mental.Justeru, piramid panduan pemakanan menyarankan seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun perlu menikmati lima kumpulan hidangan iaitu bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan protein, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar tepat, seimbang    .. baca lagi di [...]

ED Simptom Awal Sakit Jantung

MATI pucuk atau istilah perubatannya dysfunctional erection (ED) keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu dan sukar mencapai atau mempertahankan ejakulasi dalam tempoh lama.Keadaan itu menyebabkan mereka tidak puas dan tertekan dengan kehidupan seksual. Laporan terkini yang dikeluarkan Pfizer menunjukkan lebih 150 juta lelaki di seluruh dunia mengalami ED.Jumlah itu mampu bertambah dua kali    [...]


Close
E-mail It