Apa Itu Leptospirosis?
Apa itu Leptospirosis? Mungkin ramai dah tahu akan penyakit ini. Sejak kebelakangan ini, aku sering mendengar berita -berita tentang Leptospirosis. Banyak isu yang di bangkitkan dengan penyakit Leptospirosis. Leptospirosis adalah satu penyakit yang berjangkit yang boleh menyebabkan kematian. Ia jarang berlaku tetapi amat berbahaya jika terkena pada badan manusia. Yang paling merbahaya adalah, ianya boleh berjangkit. Masih ingat lagi trajedi yang berlaku di Lubuk Yu Maran Pahang? Wah banyak betul penyakit berjangkit sekarang ni.
Aku melakukan sedikit masa untuk mencari info tentang Leptospirosis. Akhirnya aku jumpa satu blog yang menceritakan dengan detail tentang penyakit Leptospirosis. Penyakit ini boleh menular secara langsung atau tidak antara manusia dan binatang. Memang amat merbahaya. Thanks to Knowle Know dengan satu info yang baik sekali.
Leptospirosis adalah satu penyakit yang berjangkit hasil daripada beberapa spesis bakteria yang berketurunan Leptospira. Beberapa pekerjaan yang berisiko di kesan dengan jangkitan Leptospirosis.
1) Melakukan perkerjaan yang terdedah dengan panas seperti petani, menguruskan ladang, kerja kontrak, penternak, doktor haiwan, anggota tentera dan senangkatan dengan mereka
2) Melakukan aktiviti rekreasi seperti berenang, berbasikal, berkayak, berkhemah atau sebagainya di sekitar kawasan panas.
3) Terdedah kepada peralatan yang kotor seperti binatang peliharaanyang kotor, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air, dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Tanda-tanda Leptospirosis. Kebiasaannya penyakit ini melalu 2 tahap utama:
Tahap Pertama – sakit kepala, sakit otot, sakit mata dengan cahaya terang, diikuti dengan mengigil dan demam. Kesemua sakit-sakit aini akan baik dalam masa lima hingga 9 hari.
Tahap Kedua – Selepas beberapa hari merasa sihat, gejala di atas berulang lagi terutamanya demam. Terdapat beberapa pesakit mengalami peradangan serius dari saraf ke mata, otak, tulang belakang ( meningitis ), atau saraf lain.
Jadi jika anda semua menghadapi simptom-simptom di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Dan jagalah kebersihan walau dimana juga. Pilih dan perhatikan persekitaran sebelum anda makan atau minum. Ia amat peting sekali untuk kesihatan kita semua.
Incoming search terms:
- penyakit leptospirosis
- apa itu cyst
- APA ITU leptospirosis
- punca penyakit leptopirosis
- leptosphyrosispenyakit
- Leptospirosis
- leptospirosis ini penyakit apa
- leptospirosis penyakit apa
- penyakit liptospira
- rawatan arnab sakit

