Cikgu Rania 2 (Siri 26): Begitukah Cinta Pertama?

PUAN Sri Zalia makin sihat sejak keluar wad lebih seminggu dahulu. Makannya berjaga dan dia lebih banyak berehat daripada sebelumnya. Kerana bosan duduk saja-saja tanpa melakukan banyak aktiviti, Fahimlah yang jadi penghiburnya. Banyak masa dihabiskan dengan Murni. Hal Murni dengan Rais senyap sekejap dek masing-masing terkejut dengan musibah yang menimpa Puan Sri Zalia.

Bagaimanapun Puan Sri Zalia sudah menasihati Rais untuk tidak menceraikan Murni malah memberi kebenaran untuk dia mengahwini Ros Ilyani kalau itu yang dia mahu.

“Mama harap Murni faham dan tidak tersinggung bila mama izinkan Rais kahwin dengan Ros Ilyani,” kata Puan Sri Zalia semasa mereka minum petang di ruang tamu kedua bersama-sama.

Hati Murni sebenarnya mendidih tapi kenangkan itu lebih baik daripada diceraikan, dia diam sahaja. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia menahan sakit hatinya dengan menyibukkan diri melayan Fahim. Namun, hatinya berasa sedikit terhibur apabila melihat wajah masam Rania melewati mereka. Mesti masih tak bertegur sapa! Detiknya.

“Masam saja muka,” tegur Puan Sri Zalia kepada anaknya.

Rania tidak menjawab tapi Ummar Qayyum yang mengekor di belakangnya angkat kening pada ibu mertua.

“Tak habis lagi?” tegurnya perlahan. “Entah apalah kena si Ren tu,” secara tidak sedar dia mengadu pada Murni.

“Daripada hari tu, berlanjutan tak selesai-selesai. Keras kepala rupa-rupanya si Ren ni. Nasib baik Qayyum ni penyabar orangnya,” rungut ibu mertuanya lagi. Dia mengerling sekilas pada Rania yang berlenggang membawa mug berisi minuman panas menuju ke ruang menonton.

“Buat untuk diri sendiri saja?” tegurnya pada Rania apabila mendengar bunyi minuman dibancuh di dapur.

Dia tahu Ummar Qayyum membancuh sendiri Nescafe kegemarannya. Makcik Rohaya dibawa Pak Mud ke pasar raya untuk membeli barangan dapur. Kalau tidak, orang tua itulah yang rajin melayan Ummar Qayyum.

“Saya suka buat sendiri, mama. Ren buat manis,” gurau Ummar Qayyum sewaktu melintasi mereka.

Dia kemudiannya duduk menyaingi Rania menonton televisyen. Ruang menonton itu asalnya ruang kosong yang menempatkan rak buku. Kalau tidak membuat kerja sekolah di dalam biliknya, di ruang itulah, akhir-akhir ini Rania menyelesaikan kerja-kerja sekolah.

Dia mengambil inisiatif meletakkan sebuah televisyen untuk menghiburkan hati sambil menanda buku-buku pelajar. Dari kerlingan matanya, Murni tahu Ummar Qayyum sedang memujuk Rania. Butir bicara Puan Sri Zalia kurang diberi perhatian kerana dia lebih berminat untuk melihat perkembangan orang berdua itu.

“Kalau Ren rasa abang salah sebab tak beritahu pada Ren tentang kisah Ummi Kalthum tu, abang minta maaf,” ujar Ummar Qayyum entah untuk berapa kali pun dia tidak pasti.

Sudah lebih seminggu Rania bena tak bena terhadapnya. Dia penat memikirkan kemelut yang melanda perkahwinan mereka yang masih hijau itu. Masalah antara mereka yang kononnya berpunca daripada Ummi Kalthum melarat-larat jadinya. Padahal Ummi Kalthum haram tidak tahu menahu.

Dulu, Rania merajuk kerana kes dia bersembang agak lama di telefon dengan Ummi Kalthum. Sekarang sekali lagi Rania marah gara-gara tidak dimaklumkan bahawa Ummi Kalthum dulu pernah jadi kekasihnya semasa sama-sama belajar di Sydney. Entah siapa pula yang menyampaikan pada Rania kisah yang sudah lapuk itu. Sangkanya hal-hal yang sudah basi itu tidak perlu lagi disorot kembali tetapi perkara itulah yang menjadi punca kemarahan dan kecemburuan Rania.

Rania buat selamba. Matanya tertancap pada skrin televisyen. Drama Melayu yang bersiaran petang itu menarik minatnya pula. Sesekali dia menghirup Milo panas.

“Ren, kita keluar jalan-jalan,” ajak Ummar Qayyum.

“Tak ada mood,” sahut Rania endah tak endah.

“Sampai bila Ren nak bermasam muka dengan abang ni?”

“Abang ingat Ren suka?” soalnya balik.

“Kalau tak suka, tak payahlah gaduh,” pujuk Ummar Qayyum lagi.

“Ren kecewa dengan sikap abang.”

“Abang tahu. Kan dah berkali-kali abang minta maaf.”

Rania tetap buat muka ketat. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ummar Qayyum. Sudah berpuluh-puluh kali Ummar Qayyum memohon maaf dan tidak jemu jelak memujuknya tapi kenapa hatinya keras benar? Kerikil pun tidak sekeras ini!

“Ren tak rasa rugi ke saat-saat manis yang patutnya kita kecapi bersama kita penuhi dengan salah faham begini?”

Rania terdiam seraya memikirkannya. Ada benarnya kata-kata Ummar Qayyum itu. Seingat Rania detik-detik indah mereka berlaku sekitar bulan madu di sebahagian benua Eropah sahaja. Kemudian, berbagai-bagai masalah timbul. Masalah kecil tapi ibarat kudis yang merebak jadi barah.

Barahlah jadinya kini. Adakah aku akan menambahkan lagi barah yang nampaknya kian bermaharajalela? Aduhai hati, sabarlah! Rania bingung. Rasa bersalah menyelinap tiba-tiba. Besar sangatkah salah Ummar Qayyum kerana tidak berterus-terang tentang kisah silamnya? Soalnya pada diri sendiri. Ah!

Tiba-tiba dia berasa malu sendiri. Agaknya aku ini terlebih emosi – mengalahkan budak-budak! Dia mengutuk diri sendiri. Tangannya digenggam Ummar Qayyum.

“Jangan gaduh lagi ya!” pujuk Ummar Qayyum.

Ego Rania datang. Tangannya ditarik tetapi Ummar Qayyum genggam semula. Lama-lama Rania mengalah.

“Lama benar abang tak nampak wajah lembut isteri abang ni,” Ummar menarik isterinya hampir padanya.

“Fahim nak dengan Ucu kejap!” Muncul Murni tiba-tiba. Rania meregangkan tubuh mereka. Murni menyuakan Fahim pada Rania.

“Murni ada kerja. Boleh Kak Ren tengokkan Fahim kejap?” tanya Murni.

“Ok.” Rania mendodoikan Fahim yang kelihatan tidak selesa. Menyedari si kecil itu kebasahan, Rania menggantikan lampin pakai buangnya.

“Baru saja nak berkasih-sayang,” bisik Ummar Qayyum.

Rania tersenyum simpul. Tiba-tiba telefon bimbit Rania yang terletak di atas meja kopi berbunyi. Nama Halim tertera di skrin dan terpandang pula dek Ummar Qayyum. Rania tersenyum.

“Nak Ren jawab ke tak?” Rania usulkan pertanyaan.

“Jawablah,” sahut Ummar Qayyum ikhlas. Bayi di kendongan Rania diambilnya. Murni datang balik.

“Kak Ren dah gantikan ‘pampers’nya tadi,” ujar Ummar Qayyum pada Murni. Fahim yang sudah lena dalam dodoian Ummar Qayyum diambil semula oleh Murni. Saat lengan sasa Ummar Qayyum secara tidak sengaja mengenai lengan Murni, dia berasa kehangatan yang luar biasa. Perasaan Murni tidak menentu. Dikawal hatinya yang tiba-tiba berkembang-kembang persis mawar-mawar yang sedang mekar di taman belakang. Pisang jangan dibiar berbuah dua kali! Detik hatinya memberi peringatan pada diri sendiri. Dulu, lama sungguh Ummar Qayyum tidak menegurnya gara-gara dia memegang erat tangan lelaki itu.

Ah! Ummar Qayyum perasaan cintaku padamu tak akan pernah padam.

“Bila Abang Qayyum nak jumpa Nenek Ninda?” tanya Murni.

“Kenapa? Murni rindukan Nenek Ninda ke?”

“Rindu. Kalau Abang Qayyum nak jumpa nenek, Murni nak ikut juga, nak bawa Fahim jumpa nenek.” Murni terus mendodoikan Fahim yang begitu jendera sekali.

“Yalah,” sahut Ummar Qayyum sepatah.

Sepatutnya Rais yang membawa isterinya tapi ah…Rais! Ada-ada saja kau. Sungguhpun Ummar Qayyum turut dikisahkan dengan rancangan Rais hendak menikahi Ros Ilyani, jauh di sudut hati dia berasa belas pada Murni. Beginikah nasib Murni?

Dipandangi pula Fahim yang lena betul. Teringin pula dia untuk menimang cahaya mata sendiri. Melihat Murni masih tercegat di sisinya, diarahkan ibu muda itu meletakkan anaknya di katil bayi di ruang tamu kedua. Kemudian Ummar Qayyum mendekati Rania yang masih berbual-bual dengan Halim di telefon.

Agak lama juga mereka berbual. Beginikah perasaan Rania semasa aku berbual dengan Ummi Kalthum dulu? Fikirnya seraya merenung wajah isteri tersayang. Rania menunjukkan isyarat tunggu. Ummar Qayyum dapat mendengar dengan jelas butir bicara Rania dengan Halim. Perbualan mereka berkisar tentang buah jambu dan buah anggur. Pokok buah anggur yang diusahakan oleh Halim sudah membuahkan hasil barangkali , fikir Ummar Qayyum sendiri.

Tidak lama kemudian telefon bimbit Ummar Qayyum yang juga terletak di atas meja turut berdering. Nama Ummi Kalthum tertera di skrin. Berderau darah Rania serta-merta. Dadanya berombak-ombak. Fokus perbualannya bersama Halim hilang serta-merta. Sebelum menjawabnya, Ummar Qayyum terlebih dahulu memandang Rania. Rania melemparkan pandangannya ke arah lain.

Deringan itu mati sendiri akhirnya. Tidak lama kemudian, telefon bimbit Ummar Qayyum berdering lagi.

Hati Rania makin panas. Dia memejamkan mata. Suara Halim yang galak bercerita tidak menarik minatnya lagi. Hatinya patah tatkala melihat Ummar Qayyum akhirnya kalah dengan situasi. Panggilan itu dijawab.

“Halim. Kita sambung nanti ya!” Suara Rania jadi lesu.

Dia masih duduk di sebelah Ummar Qayyum. Sengaja dia matikan perbualannya dengan Halim supaya dia dapat meneliti perbualan antara Ummar Qayyum dengan Ummi Kalthum. Aku teringin hendak tahu! Hatinya berdetik.

Ummar Qayyum tidak berganjak dari duduknya. Dia pasrah. Kalau Rania mahu dengar isi cerita antara dirinya dengan Ummi Kalthum, dia rela. Biarlah Rania dengar. Cuma harapannya Rania lebih rasional. Rania pasang telinga. Jelas sekali, suara esakan berbunyi di corong bunyi telefon bimbit Ummar Qayyum. Perempuan itu menangis. Apa yang ditangiskan pada Ummar Qayyum?

“Sabarlah Ummi,” pujukan Ummar Qayyum terdengar bagai sembilu di telinga Rania.

Dia makin tidak selesa. Rania memberi isyarat supaya Ummar Qayyum berhenti. Serba salah lelaki itu dibuatnya. Sekali lagi Ummar Qayyum menunjukkan isyarat tunggu. Kerana sakit hati, Rania pergi dan tinggalkan Ummar Qayyum sendirian.

“You kat mana Ummi?” tanya Ummar Qayyum.

Hatinya sudah mulai tidak menentu. Dia yakin Rania sangat marah padanya saat itu. Masakan mahu diputuskan talian telefon dengan Ummi Kalthum dalam keadaan Ummi Kalthum benar-benar memerlukan pertolongan. Tadi, telah dinyatakan oleh Ummi Kalthum bahawa ibu bapanya berada di Perth menziarahi kakaknya yang baru melahirkan anak di sana.

“Kat rumah I. Badan Batrisha makin panas Qayyum. Annastasia pula asyik menangis tak henti-henti. I tak tahu nak minta tolong siapa.”

“Farhan?” usul Ummar Qayyum.

“Farhan out station.”

Dari berdiri Ummar Qayyum terduduk. Tidak mampu untuk dia membuat keputusan pada saat-saat genting sedemikian.

Lokman!Lokman! Kenapa kau buat hal waktu begini? Sebelum ini, beberapa kali juga Ummi Kathum menghubunginya bercerita tentang Lokman Hakim. Perkahwinan mereka bermasalah sejak dulu. Ummi! Ummi! Keluh Ummar Qayyum sendiri.

“You boleh datang Qayyum?” Rayu Ummi Kalthum lagi.

“You tunggu kat luar rumah. I tak masuk ya!” pesan Ummar Qayyum lantas terus dimatikan talian.

Dia bergegas naik ke atas. Rania mengunci dirinya di dalam kamar. Niat di hati mahu mengajak Rania ikut sekali menjenguk Ummi Kalthum anak-beranak. Namun, puas dipanggil dan diketuk pintu kamar mereka tapi Rania memencilkan diri.

“Sayang, buka pintu. Abang nak bincang sikit,” panggil Ummar Qayyum.

Suaranya sengaja diperlahankan. Dia tidak mahu kemelut yang baru berputik itu sekali lagi dihidu oleh ahli keluarga. Rania tetap membatukan diri di balik pintu.

“Ren…please,” rayunya lagi tapi tidak meninggalkan kesan.

Rania juga tidak menjawab panggilan telefonnya. Kerana kasihankan anak-anak Ummi Kalthum, Ummar Qayyum tekadkan hati untuk pergi. Ditinggalkan pesanan ringkas di telefon pada Rania. Seperti hendak menjerit Rania dibuatnya sebaik sahaja membaca mesej pesanan yang baru dihantar oleh Ummar Qayyum “Sayang, abang pergi sekejap. Anak Ummi sakit. Abang tolong hantarkan ke klinik. Sayang jaga diri, balik nanti abang cerita. Love you!”

Rania baling telefon bimbitnya di atas tilam. Sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi. Dia berlari ke jendela dan nampak kereta Ummar Qayyum meluncur laju meninggalkan kawasan rumah mereka. Rania menangis sendirian. Sebak hatinya usah dikata. Selesai solat Asar, dia turun ke bawah. Dia nampak Makcik Rohaya sedang memicit kepala ibunya di tepi sofa.

“Mama kenapa?”

“Kepala mama pening. Qayyum ke mana tadi? Tergesa-gesa mama tengok.”

“Ada hal kecemasan dengan kawan dia,” dalih Rania.

Lebih baik mama tidak tahu kemelut yang melanda hidup aku. Sampai hati kau Qayyum, kau carikkan lagi selimut hatiku yang sudah tetas.

“Kawan yang mana? Kenapa Ren tak ikut sekali?” Kepala Puan Sri Zalia sudah terteleng ke arah Rania.

Sebelum ini, sudah berbuih mulutnya berpesan pada Rania supaya mengikut Ummar Qayyum kalau suaminya itu ke mana-mana. Jangan sampai jadi macam dirinya. Dimadukan sekian lama tapi dia tidak tahu. Sesudah madunya meninggal dunia, barulah dia diberitahu. Itu pun kerana wujudnya anak suaminya dengan madunya – Zara Aliya. Kalau tidak, cerita itu akan berkubur begitu sahaja. Dasar lelaki!

“Rania penat. Malas nak ikut, ” sahutnya acuh tak acuh. Dia menghampiri Murni yang sedang membaca akhbar di sebelah katil Fahim. Fahim lena di dalam katil kecilnya. Rania mengajak Murni menemaninya duduk-duduk di pondok halaman rumah. Sengaja dia membawa Murni ke situ supaya perbualan mereka jauh dari ibu dan Makcik Rohaya.

“Murni, boleh akak tanya sikit?” tanyanya bila mereka sudah bersantai di pondok.

“Tanya apa?”

“Tanya tentang hidup Murni.”

Murni berasa agak pelik dengan soalan Rania. Apa yang dia mahu tahu? Tentang kisah aku dengan Ummar Qayyum sebelum bertemunya atau mahu tahu tentang Fahim? Nak tahu bagaimana aku terlanjur mengandungkan Fahim atau siapa ayah Fahim? Selama dia bernaung sebumbung dengan keluarga itu, hal Fahim tidak pernah dibangkitkan? Apa yang dia hendak tahu tentang hidup aku? Murni berasa tidak selesa.

“Boleh?” Rania tekankan pertanyaan itu. Air muka Murni seperti ragu-ragu.

“Errr, Kak Ren nak tahu apa tentang Murni?”

“Sebenarnya Kak Ren kagum dengan Murni…” pujian Rania melegakan Murni. Namun begitu, pujian Rania tidak melambungkan Murni ke angkasa. Dia diam menanti butir bicara seterusnya daripada mulut Rania.

“Macam mana Murni boleh jadi sebegini tabah?”

“Maksud akak?”

“Dari awal Murni sampai ke rumah ini, akak menelusuri kehidupan Murni. Akak nampak Murni tabah dan sabar mendepani hidup walaupun hidup Murni tak senang di rumah ini.”

Murni mengerutkan dahinya tanda kurang faham. “Tak senang?”

“Maksud akak bukan dari segi makan pakai tapi yalah, Murni fahamkan?”

Murni angguk. Kau tidak tahu Rania! Bukan aku tabah atau sabar seperti yang kau nampak tapi aku terpaksa berpura-pura untuk meneruskan kehidupan ini! Dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu! Getusnya sendiri.

“Akak kagum dengan Murni. Padahal di rumah ini, Murni kena sindir, kena perli dengan mama tapi Murni kuat dan dapat bertahan sehingga akhirnya mama terima Murni dengan ikhlas. Dengan Rais pun Murni diuji tapi akak lihat Murni tenang sangat… macam tak kisah.”

“Murni ni macam melukut di tepi gantang kak!” sahutnya hiba.

“Akak nak cuba jadi macam Murni tapi akak rasa akak tak mampu!” rintih Rania. Air matanya mulai bergenang-genang.

“Ada masalah lagi ke Kak Ren dengan Abang Qayyum?” tanya Murni. Dia terbau sesuatu yang pelik. Tadi elok saja mereka macam belangkas. Tiba-tiba berubah macam dilanda tsunami. Kenapa? Memang tadi dia nampak Ummar Qayyum keluar tergesa-gesa. Wajahnya serius. Bergaduh lagikah mereka? Bagus! Itu yang aku nak dengar. Rania menyeka air matanya yang sudah mulai menitis di pipi.

“Murni kenal Abang Qayyum jauh lebih lama daripada Kak Ren. Bagaimana Abang Qayyum pada pandangan Murni?” tanya Rania ikhlas.

Dia mati kutu. Saat itu, dia rasa dia samar-samar tentang Ummar Qayyum. “Abang Qayyumkan suami Kak Ren. Sepatutnya Kak Ren yang lebih kenal dia.”

“Kak Ren rasa macam Kak Ren dah tak kenal Qayyum. Dia berbeza dengan Qayyum yang Kak Ren kenal dulu. Kak Ren rasa hatinya tak sepenuhnya pada Kak Ren,” Rania mengadu.

“Kenapa Kak Ren cakap macam tu? Kak Ren dengan dia bergaduh lagi ke?”

“Murni nampak Abang Qayyum keluar tadi?” tanya Rania. Murni angguk.

“Murni tahu ke mana Abang Qayyum pergi tu?”

Murni menggeleng.

“Dia ke rumah Ummi Kalthum. Dapat panggilan dari perempuan tu, terus saja pergi,” marah Rania.

Murni terkejut mendengarnya. “Buat apa dia ke sana kak?”

“Dia kata anak Ummi Kalthum sakit.”

“Kenapa Abang Qayyum pula yang kena tolong? Ummi Kalthum tak ada suami atau ahli keluarga yang lain ke?” Murni masukkan jarum hasutan.

“Itu yang Kak Ren tak faham.” Wajahnya hiba benar. “Atau mungkin Kak Ren yang terlebih cemburu?”

“Mana ada. Wajarlah kalau Kak Ren cemburu. Kalau Murni duduk di tempat Kak Ren pun Murni akan cemburu.”

“Kenapa Abang Qayyum buat macam tu? Dia langsung tak jaga hati Kak Ren padahal kami baru saja nak berbaik-baik tadi,” Rania bercerita.

“Entahlah Abang Qayyum ni, peliklah…”

“Kenapa Abang Qayyum lebih mengutamakan kebajikan orang lain daripada menjaga perasaan Kak Ren? Kak Ren kan isterinya?” soal Rania tidak mengerti.

“Entahlah kak, Murni rasa Abang Qayyum sayangkan Kak Ren cuma…”

“Cuma apa…” potong Rania.

“Kalau Murni cakap, Kak Ren jangan kecil hati ya.”

Mata Rania berkaca-kaca. “Beritahu pada Kak Ren…”

“Ummi Kalthum tu cinta pertama Abang Qayyum, er… orang lelaki Kak Ren, bukan mudah nak lupakan cinta pertama mereka,” goda Murni lagi. Berubah air mukanya mendengar penerangan Murni.

“Siapa cinta pertama Kak Ren?” tanya Murni.

Terkedu Rania. Barangkali Ummar Qayyumlah cinta hatinya yang pertama. Bukan Farhan yang hampir-hampir berkahwin dengannya dan bukan Halim yang memang disayangi sebagai sahabat.

“Abang Qayyum?” serkap Murni.

Tak mampu dijawab Rania. Matanya terkebil-kebil.

“Orang lelaki ni susah nak lupakan cinta pertama mereka,” tambah Murni lagi. “Tengok saja Abang Rais. Dah dua kali kahwin pun masih tak dapat lupakan Kak Ros Ilyani.”

Makin terpinga-pinga Rania dibuatnya. Kerana itukah Murni pasrah dan menerima sahaja cadangan ibunya apabila Rais mengemukakan cadangan untuk menikahi Ros Ilyani? Ya Allah! Benarkah seperti apa yang dikatakan oleh Murni tentang kekuatan cinta pertama? Tuhan, aku tidak sekuat Murni untuk diuji sedemikian.

Murni tinggalkan Rania sendirian di pondok. Biarlah dia membalut lukanya seorang diri! Berkata hatinya lalu dia bergerak ke taman mini dan membelai bunga-bunga ros yang berkembangan.

Aku pun pernah disakiti jauh lebih teruk dari kau Rania bila kau rampas Ummar Qayyum dariku! Sekuntum mawar putih dipetik Murni. Dia menyanyi-nyanyi kecil seraya mencium mawar yang harum. Sejenak dia memandang Rania yang masih termenung panjang di pondok. Sebuah senyum sinis terukir di bibir Murni!

Leave a Reply

729 views

List of Diseases

Acariasis of bees Akabane Amebiasis American foulbrood Anaplasmosis Anthrax Arizona infection (salmonella arizona) Aspergillosis Atrophic rhinitis of pigs Aujeszky's disease Avian infectious laryngotracheitis Avian infectious bronchitis Avian chlamydiosis Babesiosis Balantidiasis Boid disease (snake retrovirus) Bonamiosis Borna Botulism Bovine papular stomatitis Bovine ephemeral fever Brucella ovis infection Brucellosis Camelpox Campylobacteriosis Capillariasis Caprine arthritis/encephalitis Cat scratch disease Chicken anaemia virus Chronic Wasting Disease Classical swine fever (Hog cholera) Clostridial histotoxic infection Clostridium perfringens Coccidiomycosis Colibacillosis Contagious equine metritis Contagious caprine pleuropneumonia Contagious Ecthyma Contagious agalactia Crimean-Congo Hemorraghic Fever Cryptosporidiosis Cutaneous larva migrans Dermatomyucosis Dermatophilosis Dicroceliasis Dioctophymiasis Diphylobothriasis Dipylidiasis Distemper Dourine Dracunculiasis Duck virus hepatitis Duck virus enteritis (Duck plague) Ebola Echinococcosis/Hydatidosis Edwardsiellosis (E. ictaluri) Endemic relapsing fever Enterovirus encephalomyelitis Enzootic abortion of ewes (ovine chlamydiosis) Enzootic bovine leukosis Epizootic haematopoietic necrosis Epizootic lymphangitis Equine morbillivirus (EMV) Equine rhinopneumonitis Equine piroplasmosis Equine infectious anaemia Erysipeloid European foulbrood Fascioliasis Fibropapilloma (turtle retrovirus) Filariasis Fowl cholera Fowl pox Fowl typhoid (Salmonella gallinarum) Giardiasis Haemorrhagic septicaemia Haemorrhagic diarrhea Haplosporidiosis Haverhill (Rat bite fever) Heartwater (Cowdriosis) Hepatitis (viral) Herpesvirus simiae b infection Horse Mange Horse pox Hymenolepiasis Ibaraki Ictalurid herpes virosis (Type 1) Infectious viral arteritis Infectious haematopoietic necrosis Infectious pustular vulvovaginitis Infectious bursal disease (Gumboro disease) Infectious bovine rhinotracheitis Influenza Iridoviroses Johnes disease Leishmaniasis Leprosy Leptospirosis Listeriosis Maedi-Visna Malaria Malignant catarrhal fever Marburg Marek's disease Marteiliosis Me Tri virus Meningo-encephalitis Mesocestoides infection Mikrocytosis (Mikrocytos mackini) Monkeypox Murine typhus Mycoplasmosis (M. gallisepticum ) Myxomatosis Nairobi sheep disease Newcastle disease Nosematosis of bees Oncorhynchus masou virus disease Ornithosis Paragonimiasis Parvo virus infections Pasteurellosis Pentastomid infection Perkinsosis Piroplasmosis Plague Pneumocystis infection Porcine reproductive and respiratory syndrome Porcine circovirus Pseudocowpox Psittacosis Pullorum disease (Salmonella pullorum) Pulmonary adenomatosis Q fever Rabies Raillietiniasis Renibacteriosis (R. salmoninarum) Rickettsialpox Rift Valley fever Salmonellosis Salmonid whirling disease Salmonid herpes virosis (Type 2) Sarcocystosis Sarcoptic mange Schistosomiasis Scrapie Screwworm (Cochliomyia hominivorax) Shigellosis Shrimp virus Sparganosis Spongiform Encephalopathies (BSE, Chronic Wasting, TSE) Spring viraemia of carp Staphylococcosis Streptococcosis Streptococcus iniae Strongyloidiasis Surra (Trypanosoma evansi) Taeniasis Tanapox Tetanus Theileriosis Thelaziasis Toxoplasmosis Transmissible gastroenteritis Trichinosis Trichostrongyliasis Trypanosomiasis Tuberculosis Tularemia Varroasis Vibriosis Viral haemorrhagic disease of rabbits/Calicivirus Viral haemorrhagic septicaemia Visceral larva migrans Wesselsbron disease West Nile fever White spot disease Yabapox Yersiniosis penyakit mata penyakit lupus penyakit asma penyakit jantung penyakit diabetes penyakit malaria penyakit herpes penyakit sle penyakit aids penyakit h1n1 penyakit liver penyakit was was penyakit arthritis penyakit hati penyakit g6pd penyakit cerebral palsy penyakit hepatitis c penyakit scoliosis penyakit thyroid penyakit dyslexia penyakit migraine penyakit adenovirus penyakit rheumatoid arthritis penyakit appendix penyakit goiter penyakit bells palsy penyakit gila babi penyakit glaucoma penyakit std penyakit chicken pox penyakit sis penyakit sawan babi penyakit fibromyalgia doa penyakit penyakit virus kawasaki penyakit autism penyakit gout mail statistik penyakit diabetes penyakit fibroadenoma penyakit hyperthyroidism penyakit hypothyroidism medical dictionary medical medical insurance medical center medical services online chemist chemist online medical insurance coverage buy clomid drug abuse canadian medical association discount pet medication medical benefits online chemists chemists online medical shingles www.medical.com medical card pet medical insurance medical symptoms shingles medical medical magnets medical centre pet medical supplies over the counter medication medical studies unkers medicated salve online medical diagnosis free medical advice medical symptom checker medical term medical website design medical diagnosis online medicated shampoo over the counter medication list medical conditions symptoms medical plans medical research studies medical symptoms checker medical safety glasses medical tags dog medical symptoms medical shingles symptoms medical symptons medical fridges online medical help paid medical research medical alert tags veterinary medical supplies pet medical questions medical supplies vancouver pet medic medical discount plans rawleigh medicated ointment over the counter meds Alzheimer Disease Broca Aphasia Cerebello-Olivary Degeneration of Holmes Choroid Plexus Papilloma Huntington Disease Klüver-Bucy Syndrome Locked-In Syndrome Multiple Sclerosis Parkinson Disease Parinaud Syndrome Pituitary Adenoma Tourette Syndrome Wallenberg Syndrome Weber Syndrome Wernicke Aphasia Wernicke/Korsakoff Syndrome Wilson Disease penyakit mata penyakit lupus penyakit asma penyakit jantung penyakit diabetes penyakit malaria penyakit herpes penyakit sle penyakit aids penyakit h1n1 penyakit liver penyakit was was penyakit arthritis penyakit hati penyakit g6pd penyakit cerebral palsy penyakit hepatitis c penyakit scoliosis penyakit thyroid penyakit dyslexia penyakit migraine penyakit adenovirus penyakit rheumatoid arthritis penyakit appendix penyakit goiter penyakit bells palsy penyakit gila babi penyakit glaucoma penyakit std penyakit chicken pox penyakit sis penyakit sawan babi penyakit fibromyalgia doa penyakit penyakit virus kawasaki penyakit autism penyakit gout mail statistik penyakit diabetes penyakit fibroadenoma penyakit hyperthyroidism penyakit hypothyroidism how to lose weight lose weight fast how to lose weight fast how to lose weight effectively losing weight lose weight tips lose weight quickly how to lose weight quickly losing weight fast exercise to lose weight fast exercise to lose weight ways to lose weight food to lose weight eat to lose weight diet to lose weight how to lose weight easily lose weight in a week tips to lose weight fastest way to lose weight to lose weight fast want to lose weight diet plan to lose weight lose weight diet how many calories to lose weight calories to lose weight exercises to lose weight to lose weight i want to lose weight fasting to lose weight how lose weight healthy way to lose weight way to lose weight foods to lose weight healthy diet to lose weight lose weight naturally best way to lose weight need to lose weight fast healthy foods to lose weight help me lose weight easy way to lose weight diet lose weight fast want to lose weight fast lose weight in 2 weeks meal plan to lose weight tips to lose weight fast easiest way to lose weight lose weight quick motivation to lose weight best exercise to lose weight ways to lose weight fast losing weight tips how do i lose weight tips for losing weight fastest ways to lose weight lose weight program free ways to lose weight herbalife lose weight lose weight exercise how to lose weight naturally how to lose weight without exercise best diet to lose weight how to lose weight without exercising easy ways to lose weight lose weight effectively calories lose weight lose weight diets simple ways to lose weight fast way to lose weight quickest way to lose weight how can i lose weight eating to lose weight best ways to lose weight lose weight fast diet how to lose weight faster lose weight without exercise diets to lose weight lose weight in 10 days quick ways to lose weight diet best diet to lose weight fast diet plans to lose weight lose weight easy diet plan lose weight now weight loss fast ways to lose weight healthy ways to lose weight healthy diet jogging to lose weight diet tips natural way to lose weight green tea lose weight calorie calculator to lose weight the best way to lose weight diet programs to lose weight how to diet and lose weight quick way to lose weight how to lose weight quick how to lose weight on thighs how to lose belly fat slimming diet slim diet ii mayfair slimming centre slimming diets slimming suit how to lose weight slimming patch slim diet 2 slimming tips slimming cream how to lose weight fast slim weight patch lose weight in a week slimming centre slimming coffee slimming wear slimming tea lost weight body slimming lose weight diet slimming belt slimming patches botanical slimming slim belt reduze slimming lose weight fast exercise to lose weight diet plan slimming beauty slim patch slim diet diet tips slimming injections slimming foods slim down fast slimming drinks healthy diet slimming corset face slimming diet food detox diet how to loss weight fast loss weight fast lost weight fast fat burning foods slimming undergarments slimming wrap slimming body suit diet to lose weight slimming center slim fast slimming diet plan slimming pants slim body slim easy slim how to slim ways to lose weight slimming exercises best diet weight management slimming gel best slimming tea healthy slim protein diet thigh slimming exercises botanical slimming capsule how to lose weight quickly loosing weight prasouda diet slimming supplements fastest way to lose weight fat burner weight loss exercise mzt slimming slim and trim tips to lose weight want to lose weight lose weight quickly leptin slimming coffee slimming bodysuit get slim fast coffee slimming slim down loose weight slim shape reductil weight control biggest loser diet weight management tips losing weight tips lose fat fast atkins diet slimming corsets slim wrap weight loss plan healthy diet plan reduce weight to lose weight best slimming cream sakit kaki sakit mental sakit ari-ari sakit dada sakit betis sakit appendix sakit arthritis sakit sle sakit tb sakit thyroid sakit pneumonia sakit leukemia sakit gerd sakit parkinson sakit herpes rawatan asthma rawatan migraine rawatan crown gigi rawatan diabetes mellitus rawatan anemia rawatan sinus rawatan islam johor rawatan chicken pox rawatan cyst rawatan aura cara rawatan islam rawatan laser mata rawatan eczema rawatan hernia rawatan homeopathy rawatan pcos rawatan leukemia rawatan air sisa rawatan cara islam rawatan jin rawatan laser muka rawatan akar gigi rawatan stroke detox foot patch detox foot detox foot pads detox patch foot patch detox foot detox patch foot detox patches foot detox how to detox foot detox pads super detox detox diet detoxing colon detox liver detox 5 day detox detox drink slimming detox patch detox slim detox foot pad detox patches detox pad natural detox body detox foot detox pad 7 days detox detox food detox programme detox your body fruit juice detox 7 day detox detox patch murah foot patch detox patch foot 10 day detox lemon detox diet gallbladder detox 1 day detox acai berry detox detox tea 2 day detox detox program detox recipes detox cleanse liver detox recipe detox methods detox foot patches detox product foot detox murah detox body detox juice detoxification 21 day detox best detox home detox lemon juice detox detox diet plan 7 day detox program detox herbs detoxification diet foot pads detox detox foods full body detox detox body cleanse detox footpads detox products liver detox program dr detox detox drinks colon cleansing food detox patch rapid detox detox colon cleanser detox supplements detoxing your body detox liver detox food patch detox naturally 3 day detox detox diets detox plan detox foot patch suppliers detox pads detox footpatch best detox diet lemon detox detoxin detox at home body detox diet colon cleanse foot detox patch murah detox foot patch tipu detox foot patch gold slimming patch detox cleanser slimming detox foot patch foot patch detox murah natural detox diet what is detox blood detox how to lose weight how to lose weight fast exercise to lose weight lose weight fast how to lose weight quickly lose weight quickly losing weight fast eat to lose weight how to lose weight effectively lose weight ways to lose weight how to lose weight without exercise herbalife lose weight easy way to lose weight losing weight lose weight effectively exercises to lose weight ways to lose weight fast how to lose weight fast and easy diet plan to lose weight lose weight in a week fast way to lose weight to lose weight fast tips for losing weight how to lose weight in 1 week fastest way to lose weight tips to lose weight easiest way to lose weight fasting to lose weight i want to lose weight way to lose weight best diet to lose weight how to lose weight in a week tips on how to lose weight fast jogging to lose weight how can i lose weight lose weight fast diet losing weight tips how lose weight calories to lose weight lose weight without exercise how to lose weight in 1 month lose weight diet lose weight tips calorie intake to lose weight how many calories to lose weight best ways to lose weight food to lose weight to lose weight fast ways to lose weight best diet to lose weight fast exercise to lose weight fast best way to lose weight healthy diet to lose weight how to lose weight fast at home quick ways to lose weight lose weight exercise tips on how to lose weight how to lose weight fast with exercise natural way to lose weight how to lose weight easily the best way to lose weight effective ways to lose weight how to lose weight naturally lose weight in one week the fastest way to lose weight diet to lose weight weight loss tips proper diet to lose weight meal plan to lose weight losing weight quickly lose weight in a month diets lose weight in 2 weeks lose weight fast and safe how to lose weight in 3 days how to lose weight in 2 weeks diet recipes lose weight fast best exercise to lose weight how to lose weight fast without exercise best way to lose weight fast lose weight quick how to lose weight in one week tips to lose weight fast diet lose weight motivation to lose weight how to lose weight faster diet lose weight fast best exercise to lose weight fast lose weight in 1 week lose weight naturally how to lose weight fast in a week faster way to lose weight help lose weight how to diet and lose weight i need to lose weight how to exercise to lose weight tips to lose weight fast and easy the best diet to lose weight fast how to lose weight quick

Close
E-mail It