Kempen Kanser Payudara Softlan
Sehingga kini, kanser payudara masih kekal sebagai penyakit utama yang menyerang golongan wanita. Lebih membimbangkan, ia menjadi pembunuh utama di kalangan kaum wanita.
Kajian membuktikan, penyakit berkenaan merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan kanser yang dialami wanita.
Di Malaysia, kajian turut membuktikan, kira-kira satu daripada 20 wanita berisiko mendapat kanser berkenaan.
Justeru, bagi mengurangkan kes kanser itu di negara ini, syarikat pelembut fabrik, Softlan, melancarkan kempen Kesedaran Kanser Payudara Softlan sepanjang November.
Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Issam Bachaalani berkata, sejajar dengan nilai kasih sayang dan penjagaan yang dititikberatkan Softlan, jenama itu sentiasa ingin menyumbang dan menyokong untuk kebaikan masyarakat.
“Kempen Kanser Payudara Softlan bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menjalankan pemeriksaan berkala untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa penyakit ini.
“Softlan juga menganjurkannya bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma dengan cara membeli produk Softlan yang mana setiap 10 sen daripada nilai setiap pembelian sepanjang November ini akan disumbangkan kepada tiga badan bukan kerajaan (NGO).
“Tiga NGO itu adalah Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran kempen Kesedaran Kanser Payudara Softlan 2010 di Pasaraya Giant, Kota Damansara, Damansara, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Dagangan Pasaraya Giant, Ian Cruddas, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Malaysia, Mattheus Trevizoli dan Jurucakap Amal kempen itu yang juga selebriti tempatan, Vanida Imran.
Menurut Issam, kempen tahun kedua itu turut menyediakan gerai maklumat daripada 29 Oktober sehingga 5 November di pasaraya berkenaan yang dikendalikan jururawat bertauliah dan terlatih daripada Makna, BCWA serta NCSM.
“Pada penganjurkan pertama kempen ini tahun lalu, kami berjaya mengumpul RM76,366 sepanjang sebulan daripada pembeli produk Softlan di seluruh Malaysia.
“Semua sumbangan itu diserahkan kepada Makna, BCWA dan NCSM untuk menyokong usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mendapatkan pemeriksaan awal payudara.
“Justeru, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendapatkan produk Softlan sepanjang November ini kerana sumbangan kecil anda mampu membawa perubahan besar dalam memelihara kesihatan masyarakat khususnya wanita,” ujarnya.
Incoming search terms:
- kanser payudara
- kanser payu dara
- kanser payu udara
- sakit puan
- sakit payudara
- Payudara sakit
- Rawatan Kanser Payudara
- simptom kanser payudara
- payudara
- rawatan kanser payu dara

