Masliza Hampir Putus Asa

Berbual dengan ibu kepada tiga cahaya mata dengan salah seorang anak mengalami sindrom Williams, penulis dapat merasakan kesukarannya saat menerima kenyataan itu.

Dua anaknya turut mempunyai masalah berbeza, Amirul Hakimi, 10, dengan ekzema yang teruk manakala anak kedua, Aiman Adham, 8, mengalami masalah lambat bertutur sehingga berusia empat tahun. Adlan Iman, 4, pula menunjukkan perkembangan yang lambat berbanding rakan seusianya.

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Masliza Maaris mengakui memang sukar menerima kenyataan itu, apatah lagi sebelum ini dia juga langsung tidak pernah mengetahui adanya sindrom Williams di Malaysia.

“Apabila doktor mengesahkan Iman ada sindrom Williams, saya cuba kumpul kekuatan. Saya menangis ketika bersendirian, di pejabat, ketika membeli-belah, di tandas, ketika menonton televisyen malah sehinggakan memandu kereta pun mudah benar air mata ini mengalir.

“Berbulan-bulan lamanya saya menangis namun saya kumpul kekuatan sedikit demi sedikit,” ujar Masliza meluahkan perasaannya.

Apabila kekuatan mula terbina saat emosi berada dalam keadaan stabil, ada saja kata-kata ‘nakal’ daripada masyarakat. Mereka membuat pelbagai andaian antaranya mengatakan apa yang diterima adalah hukuman Allah, terkenan dan pelbagai soalan yang dirasakan tidak sensitif dengan perasaan orang lain.

“Memang orang lain tidak akan faham melainkan mereka yang benar-benar melaluinya. Bagi saya Allah tidak akan menghukum ibu bapa dengan memberikan mereka anak istimewa. Janganlah menghakimi atau menilai sebegitu kerana ia akan menyebabkan ada ibu bapa tidak mahu mengakui mereka mempunyai anak istimewa dan menyoroknya di rumah,” katanya.

Bermula detik Iman berada di dalam rahim, Masliza akui sudah berasa betapa menggunungnya kasih terhadap Iman. Malah apabila dilahirkan pada 27 September 2010, Iman begitu istimewa walaupun terpaksa melalui pelbagai kepayahan melihatnya terpaksa bertarung nyawa kerana mengalami masalah jantung dan usus yang sempit iaitu salah satu ciri sindrom Williams.

Tidak mampu telan susu

Masliza menyedari Iman tidak mampu menelan susu dan memuntahkannya semula. Malah seminggu selepas dilahirkan, jaundis bayi ini terlalu tinggi sehinggakan pemindahan darah terpaksa dilakukan. Masalah penghadaman menyebabkan pembedahan memperbetulkan usus terpaksa dilakukan segera.

“Memang sedih melihat tubuhnya yang kecil pada usia tiga minggu sudah terpaksa menjalani pembedahan. Sebaik keluar wad, masalah lain pula timbul apabila doktor mengesahkan Iman mempunyai saluran jantung yang sempit sehingga menyebabkan dia sukar bernafas.

“Menerusi pandangan daripada doktor pakar kanak-kanak dan jantung dari hospital berbeza berdasarkan ciri-ciri pada Iman termasuk pada wajah terutama hidung dan rahang, usus yang sempit serta masalah jantung, doktor mengesahkan anak saya ada ciri-ciri sindrom Williams,” ujarnya.

Dia terus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut dan hanya satu ujian saja yang dapat mengesahkannya iaitu ujian Fish. Menjalani ujian ini di hospital swasta, hasilnya positif Iman termasuk dalam kalangan kanak-kanak sindrom Williams.

Buat rujukan di Internet

Mahukan yang terbaik untuk Iman, Masliza banyak membuat kajian mengenai sindrom ini sama ada membaca buku atau melayari Internet. Menerusi pencariannya, dia menemui Pertubuhan Sindrom Williams Dunia di Amerika Syarikat dan terus menghubungi mereka.

Berdasarkan gambar Iman, wakil persatuan itu mengesahkan Iman adalah kanak-kanak sindrom Williams.

Kembali bersemangat, Masliza berasa dia tidak keseorangan dalam hal ini. Oleh itu, dia cuba mencari ibu di Malaysia yang turut mempunyai anak yang sama dengan menghantar pesanan menerusi e-mel dan akaun Facebook.

“Akhirnya saya dapat menubuhkan kumpulan sokongan sindrom Williams supaya golongan ibu ini mempunyai tempat berkongsi masalah,” katanya yang turut mengadakan beberapa perjumpaan dengan keluarga yang mempunyai anak sindrom Williams di Lembah Klang.

Selain persamaan wajah, kanak-kanak sindrom ini mengalami perkembangan otak yang lambat berbanding kanak-kanak seusia. Ini menyebabkan pembelajaran serta perkembangan kemahiran motor mereka juga menghadapi sedikit masalah. Namun mereka mempunyai kelebihan dari segi kosa kata yang lebih luas berbanding pengiraan.

Kebanyakan mereka juga mempunyai keunikannya iaitu sangat peramah dan mudah ketawa. Kajian menunjukkan mereka mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat mengesan kelainan Iman pada usia sebulan bagi memudahkan rujukan dengan pakar terbabit serta perhatian awal. Rawatan awal membolehkan anak-anak ini ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan sebaya yang normal,” katanya.

Walaupun pada usia empat tahun, Iman masih belum boleh bertutur dengan jelas dan hanya beberapa perkataan yang dapat difahami oleh Masliza namun melihat perkembangan Iman dari sehari ke sehari, wanita ini berasa cukup bertuah.

“Semangat Iman sangat kuat dan lebih kuat daripada saya. Semangatnya bertarung terutama selepas menjalani pembedahan memperbetulkan usus sukar saya lupakan. Adakalanya saya sendiri pasrah dan menyerah pada takdir.

“Melihat dirinya, saya tahu saya tidak boleh lemah semangat dan terus memberikan semangat kepadanya untuk melalui kehidupan,” katanya.

Melihat pencapaian kecil yang dilakukan, sebagai ibu Masliza sangat berbangga kerana Iman banyak mengajarnya mengenai kehidupan, kesabaran dan bersyukur terhadap nikmat kecil yang Allah kurniakan.

“Paling penting Iman mengajarnya melihat keindahan di sebalik kesuraman yang tidak mampu dilihat orang lain,” katanya.

Ibu senasib kongsi pengalaman

Selepas empat bulan dilahirkan, doktor memberitahu terdapat sedikit masalah pada jantung April Ng Yong Qi. Ini menyebabkan ibu kepada dua cahaya mata, Jessie Koo terus membawa anaknya menjalani rawatan dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Sunway.

“Ketika itu saya ingatkan ia hanya perkara biasa atau kahak menyebabkan pernafasannya berbunyi kuat. Namun doktor memberitahu kemungkinan April mengalami sindrom Williams berdasarkan masalah jantung dan juga bentuk wajahnya.

“Doktor menyarankan April menjalani ujian Fish dan selepas ujian dijalankan, memang terbukti April kanak-kanak sindrom Williams,” kata Jessie memulakan bicara.

Dia yang langsung tidak mengetahui mengenai sindrom Williams mula melayari Internet bagi mendapatkan maklumat lebih jelas. Ketika itu pelbagai persoalan muncul di fikiran terutama mengenai perkembangan April dan masa depannya. Siapa yang tidak sedih apabila doktor memberitahu mengenai anaknya yang dikatakan akan mengalami perkembangan yang agak lambat berbanding kanak-kanak seusianya.

Jessie percaya walaupun April penghidap sindrom Williams, dia perlu menjalani kehidupan dan pembelajaran sama seperti kanak-kanak lain. Cuma apa yang membuatkan dia kecewa dan sedih apabila pandangan masyarakat terhadap anaknya. Oleh kerana itu, Jessie tidak bersedia untuk berkongsi cerita dengan orang lain kecuali keluarga terdekat, apatah lagi soalan yang dikemukakan membuatkan perasaannya semakin tertekan.

“Ketika itu ramai bertanya mengapa April lambat bercakap dan belum boleh berjalan. Ini menyebabkan adakalanya saya agak tertekan dan sedih. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu berkongsi dengan sesiapa melainkan ahli keluarga serta mereka yang senasib dengan saya,” katanya.

Oleh kerana kanak-kanak sindrom ini perlukan penjagaan rapi, Jessie mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga April sepenuhnya.

“Kadang-kadang dia memuntahkan kembali makanan kerana tidak mahu mengunyah. Namun doktor menasihatkan supaya terus memberikan makanan supaya otot menjadi lebih kuat. Pada masa sama apabila rahang kuat dia mampu bertutur lebih cepat,” katanya yang mengakui April sangat peramah dan akan menegur sesiapa saja yang baru dikenalinya.

Sifatnya itu menyebabkan Jessie tidak berani membiarkan anaknya bersendirian terutama ketika ke pusat beli-belah. Dia juga sangat sukakan muzik dan peralatan yang mengeluarkan bunyi.

Namun kelemahan April apabila tidak dapat membezakan antara tempat tinggi dan rendah. Kanak-kanak sindrom Williams juga tidak mempunyai waktu tidur yang tetap. Mereka boleh berjaga sehingga jam 2 pagi dan tidur selama beberapa jam saja.

“Namun sejak April dimasukkan ke sekolah, saya sudah menetapkan jadual waktu untuknya dan nampaknya dia mampu mengikut apa yang saya arahkan kepadanya,” katanya.

Mahu hantar April ke sekolah

Memikirkan anaknya memerlukan penjagaan rapi, April dihantar ke sekolah khas yang menempatkan kanak-kanak sindrom Williams agar guru dapat memberikan perhatian kepadanya. Walaupun bayarannya agak mahal, Jessie sanggup melakukannya agar April dapat bergaul dengan kanak-kanak lain apabila dia memasuki sekolah rendah.

Jessie juga menghantar April menjalani fisioterapi dan terapi pertuturan agar dia mampu menguasai bahasa dan bertutur dengan baik. Ibu yang mempunyai anak sindrom Williams harus berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan perkembangan anak-anak mereka berada dalam landasan yang betul.

Di rumah Jessie melakukan pelbagai rangsangan bagi meningkatkan kemahiran motor anaknya. Dengan bercakap dan menyanyi setiap hari terutama di dalam kereta. Ia satu langkah yang mampu menarik perhatian mereka untuk bercakap. Dia juga membeli trampolin bagi memudahkan April melompat, sekali gus membentuk keseimbangan dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

“Kanak-kanak sindrom ini sangat istimewa kerana mereka sebenarnya boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jika ibu bapa memberikan perhatian dan semangat, tidak mustahil mereka mampu menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Turut menyertai kumpulan sokongan sindrom Williams bersama Masliza, Jessie berharap lebih ramai ibu bapa yang mempunyai anak sindrom berkenaan tampil untuk berkongsi masalah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sindrom Williams boleh melayari WS Forum Group Malaysia atau Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia.

INFO SINDROM WILLIAMS (SW)

• Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J Williams iaitu doktor pertama yang mengenal pasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965. Melalui jurnalnya, Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik dan hampir sama.

• Di Amerika Syarikat, nisbah kelahiran bayi yang menghidap SW ialah 1:20,000 atau 30,000. Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan.

• Di Malaysia, dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah penyakit jarang jumpa (PJJ).

• Sukar untuk mengesan SW kerana ada kombinasi pelbagai ciri dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap SW seperti yang mudah dikenali pada kanak-kanak sindrom Down.

• SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa. Ia berlaku apabila secebis bahagian pada kromosom nombor tujuh iaitu kilang memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan sudah hilang.

• Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung. Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.

• Ciri-ciri utama lain WS ialah kandungan kalsium dalam darah tinggi, ciri ‘elfin’, perkembangan lambat, mudah mesra dan periang. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan susu kurang kalsium untuk menstabilkannya.

Leave a Reply

890 views

List of Diseases

Acariasis of bees Akabane Amebiasis American foulbrood Anaplasmosis Anthrax Arizona infection (salmonella arizona) Aspergillosis Atrophic rhinitis of pigs Aujeszky's disease Avian infectious laryngotracheitis Avian infectious bronchitis Avian chlamydiosis Babesiosis Balantidiasis Boid disease (snake retrovirus) Bonamiosis Borna Botulism Bovine papular stomatitis Bovine ephemeral fever Brucella ovis infection Brucellosis Camelpox Campylobacteriosis Capillariasis Caprine arthritis/encephalitis Cat scratch disease Chicken anaemia virus Chronic Wasting Disease Classical swine fever (Hog cholera) Clostridial histotoxic infection Clostridium perfringens Coccidiomycosis Colibacillosis Contagious equine metritis Contagious caprine pleuropneumonia Contagious Ecthyma Contagious agalactia Crimean-Congo Hemorraghic Fever Cryptosporidiosis Cutaneous larva migrans Dermatomyucosis Dermatophilosis Dicroceliasis Dioctophymiasis Diphylobothriasis Dipylidiasis Distemper Dourine Dracunculiasis Duck virus hepatitis Duck virus enteritis (Duck plague) Ebola Echinococcosis/Hydatidosis Edwardsiellosis (E. ictaluri) Endemic relapsing fever Enterovirus encephalomyelitis Enzootic abortion of ewes (ovine chlamydiosis) Enzootic bovine leukosis Epizootic haematopoietic necrosis Epizootic lymphangitis Equine morbillivirus (EMV) Equine rhinopneumonitis Equine piroplasmosis Equine infectious anaemia Erysipeloid European foulbrood Fascioliasis Fibropapilloma (turtle retrovirus) Filariasis Fowl cholera Fowl pox Fowl typhoid (Salmonella gallinarum) Giardiasis Haemorrhagic septicaemia Haemorrhagic diarrhea Haplosporidiosis Haverhill (Rat bite fever) Heartwater (Cowdriosis) Hepatitis (viral) Herpesvirus simiae b infection Horse Mange Horse pox Hymenolepiasis Ibaraki Ictalurid herpes virosis (Type 1) Infectious viral arteritis Infectious haematopoietic necrosis Infectious pustular vulvovaginitis Infectious bursal disease (Gumboro disease) Infectious bovine rhinotracheitis Influenza Iridoviroses Johnes disease Leishmaniasis Leprosy Leptospirosis Listeriosis Maedi-Visna Malaria Malignant catarrhal fever Marburg Marek's disease Marteiliosis Me Tri virus Meningo-encephalitis Mesocestoides infection Mikrocytosis (Mikrocytos mackini) Monkeypox Murine typhus Mycoplasmosis (M. gallisepticum ) Myxomatosis Nairobi sheep disease Newcastle disease Nosematosis of bees Oncorhynchus masou virus disease Ornithosis Paragonimiasis Parvo virus infections Pasteurellosis Pentastomid infection Perkinsosis Piroplasmosis Plague Pneumocystis infection Porcine reproductive and respiratory syndrome Porcine circovirus Pseudocowpox Psittacosis Pullorum disease (Salmonella pullorum) Pulmonary adenomatosis Q fever Rabies Raillietiniasis Renibacteriosis (R. salmoninarum) Rickettsialpox Rift Valley fever Salmonellosis Salmonid whirling disease Salmonid herpes virosis (Type 2) Sarcocystosis Sarcoptic mange Schistosomiasis Scrapie Screwworm (Cochliomyia hominivorax) Shigellosis Shrimp virus Sparganosis Spongiform Encephalopathies (BSE, Chronic Wasting, TSE) Spring viraemia of carp Staphylococcosis Streptococcosis Streptococcus iniae Strongyloidiasis Surra (Trypanosoma evansi) Taeniasis Tanapox Tetanus Theileriosis Thelaziasis Toxoplasmosis Transmissible gastroenteritis Trichinosis Trichostrongyliasis Trypanosomiasis Tuberculosis Tularemia Varroasis Vibriosis Viral haemorrhagic disease of rabbits/Calicivirus Viral haemorrhagic septicaemia Visceral larva migrans Wesselsbron disease West Nile fever White spot disease Yabapox Yersiniosis penyakit mata penyakit lupus penyakit asma penyakit jantung penyakit diabetes penyakit malaria penyakit herpes penyakit sle penyakit aids penyakit h1n1 penyakit liver penyakit was was penyakit arthritis penyakit hati penyakit g6pd penyakit cerebral palsy penyakit hepatitis c penyakit scoliosis penyakit thyroid penyakit dyslexia penyakit migraine penyakit adenovirus penyakit rheumatoid arthritis penyakit appendix penyakit goiter penyakit bells palsy penyakit gila babi penyakit glaucoma penyakit std penyakit chicken pox penyakit sis penyakit sawan babi penyakit fibromyalgia doa penyakit penyakit virus kawasaki penyakit autism penyakit gout mail statistik penyakit diabetes penyakit fibroadenoma penyakit hyperthyroidism penyakit hypothyroidism medical dictionary medical medical insurance medical center medical services online chemist chemist online medical insurance coverage buy clomid drug abuse canadian medical association discount pet medication medical benefits online chemists chemists online medical shingles www.medical.com medical card pet medical insurance medical symptoms shingles medical medical magnets medical centre pet medical supplies over the counter medication medical studies unkers medicated salve online medical diagnosis free medical advice medical symptom checker medical term medical website design medical diagnosis online medicated shampoo over the counter medication list medical conditions symptoms medical plans medical research studies medical symptoms checker medical safety glasses medical tags dog medical symptoms medical shingles symptoms medical symptons medical fridges online medical help paid medical research medical alert tags veterinary medical supplies pet medical questions medical supplies vancouver pet medic medical discount plans rawleigh medicated ointment over the counter meds Alzheimer Disease Broca Aphasia Cerebello-Olivary Degeneration of Holmes Choroid Plexus Papilloma Huntington Disease Klüver-Bucy Syndrome Locked-In Syndrome Multiple Sclerosis Parkinson Disease Parinaud Syndrome Pituitary Adenoma Tourette Syndrome Wallenberg Syndrome Weber Syndrome Wernicke Aphasia Wernicke/Korsakoff Syndrome Wilson Disease penyakit mata penyakit lupus penyakit asma penyakit jantung penyakit diabetes penyakit malaria penyakit herpes penyakit sle penyakit aids penyakit h1n1 penyakit liver penyakit was was penyakit arthritis penyakit hati penyakit g6pd penyakit cerebral palsy penyakit hepatitis c penyakit scoliosis penyakit thyroid penyakit dyslexia penyakit migraine penyakit adenovirus penyakit rheumatoid arthritis penyakit appendix penyakit goiter penyakit bells palsy penyakit gila babi penyakit glaucoma penyakit std penyakit chicken pox penyakit sis penyakit sawan babi penyakit fibromyalgia doa penyakit penyakit virus kawasaki penyakit autism penyakit gout mail statistik penyakit diabetes penyakit fibroadenoma penyakit hyperthyroidism penyakit hypothyroidism how to lose weight lose weight fast how to lose weight fast how to lose weight effectively losing weight lose weight tips lose weight quickly how to lose weight quickly losing weight fast exercise to lose weight fast exercise to lose weight ways to lose weight food to lose weight eat to lose weight diet to lose weight how to lose weight easily lose weight in a week tips to lose weight fastest way to lose weight to lose weight fast want to lose weight diet plan to lose weight lose weight diet how many calories to lose weight calories to lose weight exercises to lose weight to lose weight i want to lose weight fasting to lose weight how lose weight healthy way to lose weight way to lose weight foods to lose weight healthy diet to lose weight lose weight naturally best way to lose weight need to lose weight fast healthy foods to lose weight help me lose weight easy way to lose weight diet lose weight fast want to lose weight fast lose weight in 2 weeks meal plan to lose weight tips to lose weight fast easiest way to lose weight lose weight quick motivation to lose weight best exercise to lose weight ways to lose weight fast losing weight tips how do i lose weight tips for losing weight fastest ways to lose weight lose weight program free ways to lose weight herbalife lose weight lose weight exercise how to lose weight naturally how to lose weight without exercise best diet to lose weight how to lose weight without exercising easy ways to lose weight lose weight effectively calories lose weight lose weight diets simple ways to lose weight fast way to lose weight quickest way to lose weight how can i lose weight eating to lose weight best ways to lose weight lose weight fast diet how to lose weight faster lose weight without exercise diets to lose weight lose weight in 10 days quick ways to lose weight diet best diet to lose weight fast diet plans to lose weight lose weight easy diet plan lose weight now weight loss fast ways to lose weight healthy ways to lose weight healthy diet jogging to lose weight diet tips natural way to lose weight green tea lose weight calorie calculator to lose weight the best way to lose weight diet programs to lose weight how to diet and lose weight quick way to lose weight how to lose weight quick how to lose weight on thighs how to lose belly fat slimming diet slim diet ii mayfair slimming centre slimming diets slimming suit how to lose weight slimming patch slim diet 2 slimming tips slimming cream how to lose weight fast slim weight patch lose weight in a week slimming centre slimming coffee slimming wear slimming tea lost weight body slimming lose weight diet slimming belt slimming patches botanical slimming slim belt reduze slimming lose weight fast exercise to lose weight diet plan slimming beauty slim patch slim diet diet tips slimming injections slimming foods slim down fast slimming drinks healthy diet slimming corset face slimming diet food detox diet how to loss weight fast loss weight fast lost weight fast fat burning foods slimming undergarments slimming wrap slimming body suit diet to lose weight slimming center slim fast slimming diet plan slimming pants slim body slim easy slim how to slim ways to lose weight slimming exercises best diet weight management slimming gel best slimming tea healthy slim protein diet thigh slimming exercises botanical slimming capsule how to lose weight quickly loosing weight prasouda diet slimming supplements fastest way to lose weight fat burner weight loss exercise mzt slimming slim and trim tips to lose weight want to lose weight lose weight quickly leptin slimming coffee slimming bodysuit get slim fast coffee slimming slim down loose weight slim shape reductil weight control biggest loser diet weight management tips losing weight tips lose fat fast atkins diet slimming corsets slim wrap weight loss plan healthy diet plan reduce weight to lose weight best slimming cream sakit kaki sakit mental sakit ari-ari sakit dada sakit betis sakit appendix sakit arthritis sakit sle sakit tb sakit thyroid sakit pneumonia sakit leukemia sakit gerd sakit parkinson sakit herpes rawatan asthma rawatan migraine rawatan crown gigi rawatan diabetes mellitus rawatan anemia rawatan sinus rawatan islam johor rawatan chicken pox rawatan cyst rawatan aura cara rawatan islam rawatan laser mata rawatan eczema rawatan hernia rawatan homeopathy rawatan pcos rawatan leukemia rawatan air sisa rawatan cara islam rawatan jin rawatan laser muka rawatan akar gigi rawatan stroke detox foot patch detox foot detox foot pads detox patch foot patch detox foot detox patch foot detox patches foot detox how to detox foot detox pads super detox detox diet detoxing colon detox liver detox 5 day detox detox drink slimming detox patch detox slim detox foot pad detox patches detox pad natural detox body detox foot detox pad 7 days detox detox food detox programme detox your body fruit juice detox 7 day detox detox patch murah foot patch detox patch foot 10 day detox lemon detox diet gallbladder detox 1 day detox acai berry detox detox tea 2 day detox detox program detox recipes detox cleanse liver detox recipe detox methods detox foot patches detox product foot detox murah detox body detox juice detoxification 21 day detox best detox home detox lemon juice detox detox diet plan 7 day detox program detox herbs detoxification diet foot pads detox detox foods full body detox detox body cleanse detox footpads detox products liver detox program dr detox detox drinks colon cleansing food detox patch rapid detox detox colon cleanser detox supplements detoxing your body detox liver detox food patch detox naturally 3 day detox detox diets detox plan detox foot patch suppliers detox pads detox footpatch best detox diet lemon detox detoxin detox at home body detox diet colon cleanse foot detox patch murah detox foot patch tipu detox foot patch gold slimming patch detox cleanser slimming detox foot patch foot patch detox murah natural detox diet what is detox blood detox how to lose weight how to lose weight fast exercise to lose weight lose weight fast how to lose weight quickly lose weight quickly losing weight fast eat to lose weight how to lose weight effectively lose weight ways to lose weight how to lose weight without exercise herbalife lose weight easy way to lose weight losing weight lose weight effectively exercises to lose weight ways to lose weight fast how to lose weight fast and easy diet plan to lose weight lose weight in a week fast way to lose weight to lose weight fast tips for losing weight how to lose weight in 1 week fastest way to lose weight tips to lose weight easiest way to lose weight fasting to lose weight i want to lose weight way to lose weight best diet to lose weight how to lose weight in a week tips on how to lose weight fast jogging to lose weight how can i lose weight lose weight fast diet losing weight tips how lose weight calories to lose weight lose weight without exercise how to lose weight in 1 month lose weight diet lose weight tips calorie intake to lose weight how many calories to lose weight best ways to lose weight food to lose weight to lose weight fast ways to lose weight best diet to lose weight fast exercise to lose weight fast best way to lose weight healthy diet to lose weight how to lose weight fast at home quick ways to lose weight lose weight exercise tips on how to lose weight how to lose weight fast with exercise natural way to lose weight how to lose weight easily the best way to lose weight effective ways to lose weight how to lose weight naturally lose weight in one week the fastest way to lose weight diet to lose weight weight loss tips proper diet to lose weight meal plan to lose weight losing weight quickly lose weight in a month diets lose weight in 2 weeks lose weight fast and safe how to lose weight in 3 days how to lose weight in 2 weeks diet recipes lose weight fast best exercise to lose weight how to lose weight fast without exercise best way to lose weight fast lose weight quick how to lose weight in one week tips to lose weight fast diet lose weight motivation to lose weight how to lose weight faster diet lose weight fast best exercise to lose weight fast lose weight in 1 week lose weight naturally how to lose weight fast in a week faster way to lose weight help lose weight how to diet and lose weight i need to lose weight how to exercise to lose weight tips to lose weight fast and easy the best diet to lose weight fast how to lose weight quick

Close
E-mail It