Penyakit Batu Karang Dalam Ginjal/Buah Pinggang
Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
1. Rasa pedih ketika kencing
2. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
3. Rasa seperti pasir berada dalam badan
4. Air kencing kotor & berbau busuk
5. Rasa sakit di kawasan pinggang
6. Rasa sakit pada alat sulit
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
1. Peringkat Awal – Perubatan Biasa
2. Peringkat Kedua – Pembedahan / Lithotritpsy
3. Peringkat Serius – Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
Kesan Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan moden boleh menghancurkan batu karang, tetapi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika ia hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.
Kesan Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.
Incoming search terms:
- penyakit buah pinggang
- SAKIT BUAH PINGGANG
- buah pinggang
- TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
- penyakit ammonia
- BATU GINJAL
- Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang
- Penyakit ginjal
- UBAT SAKIT BUAH PINGGANG
- rawatan buah pinggang


saya ada sakit di pinggang,
dan pingin buang air kecil terus
apakah ini gejala-gejala batu ginjal?
bagaimana penanganan dini
terima kasih
dulu saya selalu mengalami demam mnegeleletar, sakit belakang, kencing sakit.saya juga telah berjumpa doktor pakar dan hasil pemeriksaan tiada apa-apa masalah…. sekarang saya mengalami kencing berbau dan tidak seperti biasa..apa perlu saya buat? saya sudah cuba minum air masak tapi kdg-kdg rasa loya teramat sangat,..
Kunkun supriatna,
Ketika buang air kecil ada tak perasan darah dalam air kencing dan rasa sakit?