Masalah Gangguan Tidur
TIDUR adalah anugerah tidak ternilai daripada tuhan yang mencipta siang dan malam. Ia dikawal semulajadi oleh bahagian otak dinamakan suprachiasmatic nuclei (SCN) melalui proses kitaran tidur-jaga (circadian rhythm). Ia berfungsi menerusi rangsangan cahaya matahari yang masuk melalui anak mata. Kitaran ini menyebabkan kadar siap siaga mental kita berfungsi secara optimum sepanjang tempoh 24 jam. [...]

