Sarapan Untuk Kekal Cergas

Kepentingan mengambil sarapan kerap diperkatakan kerana ia hidangan penting untuk memulakan aktiviti harian. Namun, berapa ramai pula dalam kalangan kita yang bersarapan setiap pagi? Selain memberi kebaikan pada tubuh dan minda, kajian dalam Jurnal Epidemiologi Amerika pada 2003 menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan adalah 4.5 kali lebih berisiko mengalami obes berbanding mereka yang    [...]

Pembersih Untuk Orang Dewasa, Bayi Berbeza

Sabun adalah sabun, bukan? Fungsinya hanya sebagai ejen pembersih kotoran khususnya yang melekat pada tubuh dan pakaian. Boleh dikatakan semua sabun mandi adalah sama, tidak kira dalam bentuk blok, serbuk mahupun cecair.Justeru, apa saja yang dilihat sesuai untuk tubuh dirasakan baik juga untuk kegunaan si kecil. Alasannya, satu produk untuk seluruh isi rumah adalah lebih [...]

Mikroflora Untuk Usus

HAMPIR satu pertiga daripada populasi umum mempunyai masalah gastrousus. Pada 2011, rekod hospital di Malaysia mencatatkan penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman adalah antara 10 punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menemui maut. Di Malaysia, antara masalah gastrousus yang paling kerap dihidapi adalah sindrom usus rengsa (IBS) iaitu masalah biasa yang menyerang bahagian usus [...]

Berhenti Kerja Untuk Berniaga

Diasaskan Saidin Abd Rashid dan isterinya, Rokiah Daud lebih 70 tahun lalu, bermula dengan sebuah rumah kayu dua tingkat dikelilingi ladang getah dan kebun sayur-sayuran, kini ia semakin bertambah apabila anak-anak Saidin membina satu persatu rumah di sekelilingnya sehingga berjumlah 23 rumah.Jika diperhatikan, ia sama seperti rumah kampung yang lain. Namun apa yang berbeza, semangat [...]

Gaya Klasik Untuk Gadis

Penggunaan solekan ala mata kucing tampak lebih versatil dan penuh gaya apabila dipadankan dengan busana retro atau olesan gincu bibir merah menyala. Pilihan gaya klasik ini juga mampu menyerlahkan kesederhanaan pada gadis muda yang tidak mahu kelihatan matang sebelum waktunya.Solekan ini nyata bersesuaian dengan mereka yang memiliki bentuk mata bulat dan sepet kerana ia boleh [...]

Senaman Untuk Eksekutif

KINI, ramai yang kurang aktif secara fizikal dalam rutin harian terutama eksekutif muda yang sibuk dengan tugasan mereka. Kemudahan seperti penggunaan kereta, lif dan kenderaan awam turut menjadi salah satu sebab mereka selesa dengan kehidupan seharian asalkan dapat melakukan segalanya dalam keadaan mudah. Sebenarnya, kecanggihan teknologi yang ada sekarang bukanlah penghalang untuk kita terutama    [...]

Timun Untuk Kecantikan

TIMUN, sejenis sayuran yang murah dan mudah didapati di pasar serta sering terdapat di rumah hampir setiap individu. Ia boleh dimakan mentah begitu saja atau dimasak bersama hidangan lain. Selain digunakan dalam masakan, ramai mengenali timun sebagai bahan kecantikan semula jadi untuk mata yang mana ia dapat memberi kesegaran kepada pancaindera itu yang kepenatan dan [...]

Pakaian Untuk Semua Golongan

SEMEMANGNYA setiap helaian H&M direka untuk semua golongan. Tidak hanya fokus kepada fesyen wanita, H&M membahagikan rekaannya kepada beberapa himpunan yang ada sebahagiannya boleh didapati di Malaysia. Wanita Menampilkan helaian daripada trend terkini, klasik dan santai. H&M turut menyediakan koleksi khusus untuk wanita hamil serta bertubuh gempal. Lelaki Sama seperti himpunan wanita,    .. baca [...]

Bersenam Untuk Sihat

DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial    .. baca lagi di [...]

Milk Thistle Untuk Hati

SOALAN: APABILA ke farmasi, saya dicadangkan mengambil herba milk thistle sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan hati. Cadangan ini diberikan apabila saya memberi tahu mereka bahawa saya sedang mengambil ubat anti kolesterol sejak beberapa tahun lalu dan juga seorang perokok. Apakah kepentingan milk thistle dengan masalah saya ini? Dalam keprihatinan kita menjaga penampilan diri secara luaran, [...]

Hormon Untuk Pertahan Tulang

Apabila bapa mertua saya mengalami kemalangan di rumah, kami semua berasa risau. Bapa mertua saya berusia 80 tahun. Beliau ialah seorang lelaki yang tegap dan kacak meskipun sudah lanjut usia. Kesihatan bapa mertua saya sangat baik sekali. Beliau tidak ada penyakit jantung mahupun kencing manis. Tubuhnya sederhana, tidak terlalu gemuk atau kurus kerana amalan pemakanannya [...]

Vitamin Untuk Kulit

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik    .. baca lagi [...]


Close
E-mail It