Tanda-tanda Dan Punca Sakit Mata
Oleh : rawatan alternatif MahsuriÂ
Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata.Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia.Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan.Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti.Sepertimana yang sediamaklum bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.
Ada juga sebilangan yang mempunyai alahan pada bahagian mata yang dipanggil allergik konjuktivitis sehingga menjadikan kegatalan dan kemerahan pada mata.Masalah sebegini sering berlaku dan dikategorikan :-
* Konjungtivitis  (Selaput luar biji mata)
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan pencegahan dengan segera.
Sakit mata konjungtivitis berpunca dari :-
- Bulu Haiwan
- Habuk
- Pencuci Peluntur
- Peluntur Cat
- Pengawetan dalam ubat mata
Selain itu kontak lense juga salah satu penyebab yang memudahkan seseorang itu mengalami jangkitan sakit mata.Ini akan membuatkan mata mendapat lecetan pada bola mata yang dipanggil kornea.Kornea ini terlalu lembut,jernih dan sensitif.
Di sini pihak kami ingin berkongsi langkah-langkah yang boleh mengelakkan dari sakit mata
- Jangan berkongsi barangan dengan seseorang yang mengalami sakit mata
- Berhati-hati memilih pencuci kontak lense
- Memakai kaca mata atau vizor ketika memandu terutamanya motor
- Membasuh tangan sebelum dan selepas memegang mata pesakit
Kebiasaannya penyakit begini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi tetapi harus berjumpa dengan doktor kerana ada sejenis sakit mata yang di panggil :-
* Infectious keratitis
- Sejenis sakit mata yang dijangkiti pada mata
- Kesakitan pada bola mata
- Sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit.
- kecacatan kekal pada penglihatan sekiranya tidakan segera tidak diambil
Sekiranya berlaku sedemikian haruslah dibawa berjumpa dengan doktor dengan segera agar dapat menggelakkan dari berlakunya kecacatan kekal pada penglihatan.
Incoming search terms:
- punca sakit mata
- simptom sakit mata
- tanda-tanda sakit mata
- tanda-tanda kanser mata
- simptom kanser mata
- tanda tanda sakit mata
- SEBAB SAKIT MATA
- tanda tanda kanser mata
- tanda sakit mata
- KENAPA SAKIT MATA


mata saya sering sakit sejak beberapa bulan lepas…kebiasaannya mata saya akan sakit pada tengah bulan pada setiap bulan…mata saya tidak ada tanda kemerahan cuma saya merasa pedih n sakit di tepi mata dan berair…saya telah berjumpa dengan doktor pada bulan lepas (Januari) dan menjalani rawatan scan brain untuk melihat kemungkinan punca mata saya disebabkan magrain atau resdung ini disebabkan pada bulan Disember 2010 keadaan saya makin teruk..saya sering muntah-muntah, tidak dapat tidur, sering keletihan, sukar bernafas, pening yang teruk, dan tidak dapat melihat dengan jelas..2 3 minggu lepas kekadaan saya semakin pulih namun pada 2 hari yang lepas saya memulai pening dan sakit mata walaupun tidak seteruk pada bulan-bulan sebelum ini…saya ingin mengetahui apakah punca kejadian ini kerana doktor yang saya jumpa tidak menerangkan dengan lebih khusus hanya sekadar menyatakan jangkitan, magrain, atau resdung dan saya belum memperolehi keputusan daripada ujian scan brain yang lalu…dan bagaimana saya perlu mengatasi perkara ini?Terima kasih banyak.